15/09/17

Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 15 September 2017

Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 15 September 2017 - Malam ini bermulanya perlawanan bola sepak Suku Akhir Pertama Piala Malaysia. Ia melibatkan tiga perlawanan. 


Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017
Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017


Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama Piala Malaysia


15 September 2017


Selangor ( 2 ) vs ( 3 ) Kedah
Lokasi: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Ken Ilso (Ked) - minit ke-7, 14
- Syazwan Zainon (Ked)  - minit ke-68
- Rufino (Sel) - minit ke-53, 71

Melaka United ( 1 ) vs ( 4 ) JDT
Lokasi: Stadium Hang Jebat
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Ghaddar - (JDT) - minit ke-5, 63
- Marco Simic (Mel) - minit ke-45
- Natxo Insa (JDT)  - minit ke-68
- Safiq Rahim (JDT)  - minit ke-85

Felda United  ( 1 ) vs ( 3 ) PKNP FC
Lokasi: Stadium Tun Abdul Razak
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Shahrul Fitri (PKNP) - Minit ke-10, 45, 67
- Hadin Azman (Felda) - minit ke-77

Pasukan manakah yang akan memperolehi tiga mata berharga untuk bekalan selesa untuk aksi suku akhir kedua pada 23 dan 24 September ini.

Di atas kertas JDT mempunyai peluang untuk menang pada malam ini. Namun begitu Melaka United tidak sesekali menyerah kalah sebelum berjuang.

Perlawanan dijangka menarik sudah pasti diantara Selangor dan Kedah. Mereka seimbang dari segi kekuatan berpasukan.

Sementara itu PKNP FC bukan calang-calang pasukan.  Mereka bersemangat untuk dibuktikan bahawa pasukan kelab baru juga boleh berjaya jika semangat dan sentiasa dahagakan kejayaan, sudah pasti sesuatu yang bukan mustahil untuk dicapai.

Ayuh....  Kita serbu ke stadium malam ini untuk menyokong pasukan kesayangan kita beraksi.

Selamat berjuang buat semua pemain....

0 ulasan:

Catat Ulasan