16/08/17

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017 | Malam ini satu lagi perlawanan menarik melibatkan acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 diantara B-22 Malaysia menentang B-22 Singapura pada 16 Ogos 2017 bermula jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam,  Selangor.


Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017
Sukan SEA 2017: Malaysia vs Singapura

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017


Ikuti live streaming perlawanan menarik bola sepak lelaki diantara Malaysia vs Singapura malam ini pada jam 8.45 malam. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Selangor. Boleh juga ikuti melalui TV3 da ASTRO ARENA

Satu pertemuan yang menarik dan sengit bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan.

Kita sedia maklum Singapura kalah 0-2 kepada Myanmar pada pertemuan pertama Sementara itu Malaysia vs Brunei pada 14 Ogos lepas dimenangi oleh Malaysia 2-1.


Live Streaming Malaysia vs Singapura


Live Streaming: Malaysia vs Singapura
Keputusan: Malaysia (2) vs (1) Singapura
Lokasi: Stadium Shah,  Alam, Selangor. 
Tarikh: 16 Ogos 2017
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
- Amiruldin Nodin (Sin)  - minit ke-38
- Nor Azam Azih (Mas)  - minit ke-68
- N. Thanabalan (Mas)  - minit ke-73
P/S: Keputusan akan dikemas-kini dari masa ke semasa.

Pasti Datuk Ong Kim Swee ada ramuan rahsia yang akan diterapkan pada aksi malam ini. Kita tahu Singapura perlu menang untuk mencerahkan peluang untuk ke peringkat separuh akhir dan Malaysia juga mengharapkan kemenangan sebagai bekalan selesa untuk aksi seterusnya menentang Loas dan Myanmar nanti. 

Pemain Malaysia harus bermain bermati-matian untuk menang dan tampil lebih agresif jika mahu mengatasi Singapura. 

Penyerang Malaysia seharusnya lebih tajam penyudahnya kerana ketika bertemu Brunei kita banyak mempersia-siakan peluang di depan pintu gol lawan. 

Sama-sama kita doakan agar pasukan Malaysia berjaya memperolehi tiga mata berharga. Sokonglah dengan sepenuhnya pasukan Malaysia yang kita sayangi.
"Malaysia Boleh".

0 ulasan:

Catat Ulasan